Bajet 2017 Bakal dibentang di Parlimen Petang Ini!

98

Bajet 2017 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada petang ini. Menurut laman Facebook rasmi Najib Razak, bajet kali ini digubal dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan mencabar.

Bajet 2017 akan meliputi banyak kategori. Antaranya :

  • Budaya dan pelancongan
  • Percukaian, perniagaan dan kewangan
  • Pekerjaan
  • Alama sekitar dan pertanian
  • Kemudahan awam
  • Kebajikan sosial : OKU & kurang bernasib baik
  • Belia dan sukan
  • Keselamatan awam dan ketelusan
  • Pendidikan
  • Pembangunan ekonomi
  • Pembangunan desa
  • Pengangkutan dan infrastruktur
  • Perkhidmatan penjagaan kesihatan
  • Perumahan dan kehidupan bandar
  • Kos sara hidup

Antara inti pati Bajet 2017 yang akan dibentangkan hari ini termasuklah dasar sasaran bajet defisit, langkah-langkah untuk memacu aktiviti ekonomi serta usaha untuk memastikan sistem kewangan jangka panjang agar kekal sihat.

Beliau yang juga turut memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bajet yang akan dikeluarkan hari ini bagi memancing undi Pihanraya Umum yang akan datang.

Perdana Menteri turut menyifatkan bahawa fokus bajet kali ini adalah untuk kebajikan rakyat.

Pada malam tadi juga, beliau sempat meninjau perjalanan operasi penyediaan Bajet 2017 di Kompleks Kementerian Kewangan. Kemudian, beliau yang ditemani isteri menandatangani ‘KertasKabinet’ serta meninjau bilik-bilik operasi bajet bagi persiapan terakhir sebelum pengumuman bajet bermula.

Pembentangan hari ini akan mula dibentangkan di Dewan rakyat bermula 4.00 petang ini.

Jadi, apa jangkaan anda terhadap bajet kali ini? Nantikan lebih banyak update dari kami dan jangan lupa follow channel Telegram rasmi kami!

Subsidi Minyak Masak Dijangka Dihapuskan Pada Pembentangan Bajet Kali Ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat