Bajet Kerajaan New Zealand Mensasarkan Pertumbuhan 3.1%

40

Pihak perbendaharaan New Zealand mengumumkan $1.8 billion bajet baru, dengan modal perbelanjaan baru berjumlah $4 billion bagi tahun fiskal 2017. Melalui agenda pertumbuhan yang strategik, kerajaan berikrar menggunakan $1 billion untuk menginovasikan ekonomi dan melonjakkan perdagangan sehingga 2030.

Tambahan $7 billion pula digunakan untuk meningkatkan lagi perkhidmatan awam, termasuk $3.9 billion dalam kesihatan dan $1.1 billion dalam pendidikan.

Perbendaharaan mengatakan rangka perbelanjaan kali ini akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi 3.1% sepanjang lima tahun ke depan dan mencipta 125,000 pekerjaan sehingga 2021. Pertumbuhan eksport dijangka akan menjadi pemangkin utama kepada pengembangan ekonomi di masa hadapan.

Sebelum ini, New Zealand merekod lebihan dagangan kedua bulan lalu yang disokong oleh eksport tenusu, produk kayu dan wain.

Kebanyakan inisiatif yang diumumkan pada Khamis sudah diketahui oleh pemain pasaran. Steven Joyce lebih suka mengumumkan aspek utama bajet sepanjang tahun berbanding mengumumkan kesemuanya pada hari pembentangan bajet.

Kerajaan juga memperuntukkan $321 juta untuk pelaburan sosial bagi membantu segmen yang paling lemah di negara ini. Polisi pembelian dadah kerajaan juga mendapat tambahan $60 juta sepanjang empat tahun bagi membantu rakyat New Zealand dengan ubat-ubatan yang baru.

Manakala sektor pelancongan mendapat $102 juta yang merupakan kunci utama ekonomi domestik.

Kiwi Dollar (NZD) tidak banyak berubah dalam pembentangan bajet ini di mana kebanyakan aspek utama bajet telah diumumkan sebelum pembentangan rasmi pagi tadi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat