Bajet UK: Ramalan Pertumbuhan Ekonomi Lebih Tinggi 2017, Gbp Menguat

62

Dalam bajet yang dibentang oleh Chacellor Hammond sebentar tadi, tiada kejutan yang dalam aspek-aspek bajet yang disampaikan di mana kebanyakan komponen bajet berfokus kepada isu mikro.

Hammond menyampaikan kepada Parlimen kajian semula kepada ramalan pertumbuhan ekonomi (GDP) kepada 2.0% dari 1.4% yang dianggarkan sebelum ini. Sebaliknya pula bagi pertumbuhan ekonomi tiga tahun akan datang yang diturunkan dari anggaran asal.

Bajet kerajaan bagi 2016/2017 juga diturunkan kepada 51.7 billion Pound dari ramalan sebelum ini 68.2 billion Pound yang dinyatakan dalam ‘Autumn Statement‘ tahun lalu.

OBR (Office of Budget Responsibility) yang mengeluarkan anggaran pertumbuhan ekonomi dan bajet tersebut menyatakan kerajaan tidak akan mencapai sasaran ‘lebihan bajet’ (budget surplus) dalam jangka masa sederhana.

Dari segi percukaian, tiada sebarang pengumuman terbaru terhadap cukai korporat dengan Hammond hanya fokus kepada aspek mikro.

Matawang Gbp menguat selepas ramalan pertumbuhan ekonomi pada 2017 yang memberangsangkan, walaupun ramalan ekonomi dalam jangka masa panjang masih membimbangkan. Gbp/Usd menguat dari 1.2150 dan kini sedang didagang di sekitar 1.2168.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat