Bak Pandelela Rinong, Emas Terjun Lagi

4,234

Emas tergelincir ke paras terendah dua minggu pada hari Selasa selepas ditekan oleh US dolar yang kukuh dan lonjakan hasil perbendaharaan AS di tengah-tengah optimisme yang meningkat terhadap pemulihan ekonomi AS.

Pada sesi Asia, spot emas diperdagangkan di sekitar harga $1,707 per auns setelah susut lebih 1% pada sesi sebelum ini, sementara niaga hadapan emas pula diniagakan pada $1,711 per auns (10.30 pagi waktu Malaysia).

Lonjakan semula hasil bon 10 tahun AS pada 1.72%, terus mendorong pengukuhan US dolar yang sebelum ini meraih sokongan daripada kejatuhan dalam pasaran saham global menjelang penutupan suku pertama 2021.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding kebanyakan matawang utama pula didagangkan tinggi pada 92.90.

Pasaran dijangka akan bergerak lebih agresif minggu ini disebabkan beberapa faktor utama iaitu dengan penerbitan data pekerjaan NFP AS pada hari Jumaat dan pengumuman Presiden AS Joe Biden.

Biden akan melancarkan pelan infrastruktur yang dianggarkan bernilai $3 trilion

hingga $4 trilion dan kemungkinan turut merangkumi peningkatan cukai yang lebih tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat