Bak Superman, USD Terbang Tinggi Merentasi Sesi Eropah

195

US dolar melanjutkan pengukuhan lebih tinggi dengan sokongan daripada Federal Reserve (Fed) yang masih hawkish dalam mengetatkan dasarnya.

Terdahulu, bank pusat Amerika Syarikat memutuskan untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas yang membawa kadar dana semasa ke paras tertinggi 14 tahun pada 3.75%-4.00%.

Namun, apa yang mengejutkan pelabur adalah apabila Pengerusi Jerome Powell terus menawarkan kenyataan hawkish, bertentangan dengan jangkaan pasaran bahawa ia akan mula memperlahankan pengetatan.

Ujar Powell, masih terlalu awal untuk menganggap bahawa Fed akan berhenti menaikkan kadar faedahnya kerana inflasi masih perlu diturunkan dengan ‘tegas’.

Malah, beliau juga mengatakan kemungkinan bahawa kadar dana utama mungkin akan meningkat melebihi jangkaan sebelum ini, dengan pelabur kini melihatnya meningkat kepada 5% atau lebih tinggi.

Berbanding kebanyakan mata wang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan meningkat pada 112.40 pada sesi Eropah.

Sementara itu, tumpuan kini disasarkan kepada mata wang pound yang kini merosot lebih rendah menjelang mesyuarat polisi Bank of England (BOE) pada sesi akan datang.

Pelabur turut menyaksikan kejatuhan mata wang utama lain seperti euro, dolar Aussie, kiwi, loonie dan yen yang dihentam oleh pengukuhan US dolar.

Tidak ketinggalan untuk susut sama adalah mata wang swiss franc yang dikecewakan oleh bacaan inflasi Switzerland yang lebih rendah daripada dijangkakan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat