Bakal Ada Kejutan Lagi Pada Carta EUR/JPY Di Penghujung Minggu?

331

Carta harga pasangan mata wang EUR/JPY dilihat paparkan sedikit peningkatan awal sesi Eropah hari ini (Jumaat) ekoran terbitan data Eropah yang menyokong Euro.

Data pesanan kilang Jerman catatkan angka yang melonjak untuk bulan Ogos mengatasi ramalan, di samping cemerlang berbanding kemerosotan pesanan pada bulan sebelumnya.

Namun mata wang Euro antara yang berisiko didagangkan pada penghujung minggu ini yang bakal menerima tempias reaksi mata wang US dolar selepas data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan di sesi New York sebentar lagi.

Sementara mata wang Yen pula bergerak mendatar beberapa hari ini selepas pasaran menyaksikan kejutan pengukuhan mendadak Yen pada Selasa lalu.

Pasaran menilai berlaku langkah campur tangan oleh kerajaan atau bank pusat Jepun (BOJ), namun perkara tersebut masih belum disahkan lagi.

Menteri Kewangan Jepun, Shunichi Suzuki sekali lagi mengelak untuk memberikan komen semalam berkenaan sama ada tindakan campur tangan atau ‘intervention’ dalam pasaran kewangan.

Pergerakan harga pada carta EUR/JPY berlegar menguji zon SBR (support become resistance) pada 157.00 yang menjadi paras terjunan harga bermula pada Selasa lalu.

Terjunan harga pada Selasa dari zon tersebut telah mencecah hingga sekitar 154.500 sebelum kembali meningkat semula pada hari berikutnya.

Pergerakan harga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/JPY itu semula memberi gambaran untuk harga pulih membuat kenaikan, namun risiko tetap ada.

Jika kenaikan harga berjaya melepasi zon SBR 157.00, harga bakal meneruskan kenaikan menuju zon rintangan pada 158.400.

Sebaliknya jika harga melantun turun semula, paras sekitar 155.800 dilihat sasaran terhampir untuk diuji terlebih dahulu.

Penurunan lebih rendah akan menuju pula paras dicecah ketika terjunan Selasa lalu sebelum zon 154.00 menjadi tumpuan berikutnya jika corak penurunan itu diteruskan.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat