Bakal Ada Kejutan Pada Dagangan EUR/USD Menjelang Mesyuarat FOMC?

613

Mata wang dolar Amerika Syarikat didagangkan lemah pada Rabu berikutan pelabur berwaspada menantikan keputusan mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis dengan jangkaan penurunan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed).

Fed diramalkan akan menurunkan kadar kepada 25 mata asas, menjadikan penurunan kali ketiga pada tahun ini untuk mesyuarat edisi Oktober.

Selain itu, pelabur turut merasakan kebimbangan terhadap perkembangan rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China setelah dilaporkan bahawa perjanjian fasa pertama berkemungkinan tidak akan ditandatangani pada sidang kemuncak di Chile November ini ekoran teks perjanjian yang tidak dapat disiapkan.

Sesi pasaran New York hari ini turut dijangka memberi impak terhadap pergerakan USD dengan laporan pekerjaan bagi sektor swasta di AS dan juga bacaan pertumbuhan GDP AS untuk suku ketiga.

Dilihat pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, dolar Euro berjaya mengukuh berbanding USD mengambil kesempatan terhadap penyusutan nilai mata wang Amerika Syarikat itu.

Di samping itu juga, faktor positif Brexit turut menyokong kenaikan harga buat Euro sejak semalam.

Harga dari paras support sekitar 1.10750 telah membuat lonjakan melepasi garisan Moving Average 50 (MA50) dan juga menembusi paras 1.11100 sebelum harga mendatar di sekitar paras tersebut sehingga penghujung sesi New York.

Bersambung pada sesi Asia pagi ini, harga masih bergerak perlahan sebelum menunjukkan kenaikan harga pada sesi dagangan Eropah namun dilihat bergelut untuk meneruskan pengukuhan ke paras lebih tinggi.

Jika harga terus bergerak melakukan kenaikan, paras awal dilihat akan dituju harga adalah pada 1.11400 sebelum kenaikan lebih tinggi bakal menguji zon resistance pada 1.11800.

Namun jika harga kembali membuat penurunan dan bergerak lebih rendah dari garisan MA50, zon support pada 1.10700 akan diuji harga sebelum meneruskan penurunan ke paras lebih rendah.

Dengan pasaran yang berdepan mesyuarat FOMC dan juga laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada penghujung minggu, dagangan pada EUR/USD pastinya mencabar dan bakal memberikan kejutan buat peserta pasaran.

Kekal berwaspada dan lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat