Bakal Tamatkan Siaran, Tiada Lagi Gema Bunyi ‘Tudumm’ Netflix Di Rusia

300

‘Berduyun-duyun syarikat keluar dari pasaran Rusia. Adakah ini tindakan terbaik?’

Syarikat penstriman Amerika Syarikat (AS), Netflix mengesahkan pengunduran diri dari pasaran Rusia, yang sebelum ini pernah disaman kerana ingin berbuat sedemikian.

Pengunduran tersebut bermakna warga Rusia tidak boleh lagi mengakses siaran Netflix dan sebarang langganan akan terbatal dengan sendirinya.

Menurut jurucakap syarikat, aplikasi dan laman web Netflix telah ditamatkan perkhidmatan pada Jumaat lalu di Rusia, ketika akhir kitaran pengebilan bagi pelanggan berbayar.

Sudah terang lagi bersuluh, tindakan Neflix tersebut telah diambil sebagai tanda protes dan mengenakan sekatan ke atas Rusia terhadap pencerobohan di Ukraine pada 24 Februari lalu.

Ia adalah tindakan yang harus dipuji kerana Netflix dilihat menegakkan hak Ukraine seperti McDonald’s dan Nike yang bertindak keluar dari Rusia walaupun perniagaan mereka sudah lama bertapak di negara itu.

Sungguh pun begitu, risiko kesan penarikan diri ini akan menyaksikan Netflix akan kehilangan lagi 700,000 pelanggan berbayar terhadap aplikasi penstrimannya.

Umumnya, masalah utama yang dihadapi oleh syarikat adalah penurunan jumlah langganan yang besar dalam sedekad sehingga membawa kepada catatan laporan pendapatan suku pertama yang buruk.

Tidak dilupakan juga walaupun Rusia bukan pasaran utama Netflix, krisis perang ini turut menyumbang kepada faktor kejatuhan nilai saham syarikat sebanyak 40% pada 20 April lalu.

Dalam pada itu, setakat artikel ini ditulis, saham Netflix didagangkan naik 1.98% pada $195.19 dengan nilai permodalan syarikat sebanyak 86.72 bilion.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat