Balance Sheet BoJ Kini Menghampiri Paras 500 Trillion Yen, iaitu Nilai Balance Sheet Tertinggi di Dunia!

102

Bank of Japan telah mencapai satu lagi fasa baru apabila balance sheet milik bank pusat berkenaan mencapai paras 500 Trillion Yen ($4.48 Trillion) hampir menyamai nilai balance sheet Fed. Nilai itu meningkat tiga kali ganda selepas memulakan rangsangan agresif pada tahun 2013.

Data dari BoJ juga menunjukkan bahawa jumlah asset meningkat kepada 500.8 Trillion Yen berakhir Mei berbanding 425.7 Yen pada tahun sebelumnya. Jumlah asset ini hanya berjumlah 164.8 Trillion sewaktu Gabenor Haruhiko Kuroda mengambil alih tampuk pimpinan pada Mac 2013.

Nilai balance sheet kini hampir sama dengan jumlah $4.51 Trillion oleh Fed dan berjumlah lebih daripada 90 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kadar (KDNK) Jepun, iaitu nisbah yang tertinggi dalam kalangan empat bank pusat utama dunia setakat ini.

Walaupun langkah percetakan wang telah dilaksanakan selama bertahun-tahun, tanda-tanda kekurangan pasaran buruh dan inflasi yang masih berada pada bacaan 0.3 peratus dijangka kekal jauh di bawah 2 peratus sasaran BoJ pada masa yang akan datang.

Menurut Takehiro Noguchi iaitu ekonomi kanan di Institusi Penyelidikan Mizuho berpendapat bahawa selagi ekonomi dunia berada dalam keadaan yang baik, bacaan inflasi dijangka akan mempunyai kemajuan sedikit demi sedikit.

Pembelian bon kerajaan Jepun juga dijangka semakin sukar kerana bank pusat berkenaan sudah memiliki lebih daripada 42 peratus daripada keseluruhan pasaran JGB.

Faktor ini juga dikatakan punca kelembapan pasaran bon Jepun beberapa bulan kebelakangan ini.

Seorang Lagi Pegawai Fed Mengeluarkan Kenyataan Agresif Mengenai Prospek Kenaikan Kadar Faedah US!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat