Band Protocol (BAND)- Platform Oracle Data Yang Berpotensi Menguasai Pasaran!

176

Band Protocol merupakan platform oracle data berlandaskan cross-chain, berdaya mengambil data dunia sebenar dan membekalkannya (supply) kepada aplikasi on-chain, sambil menghubungkan API kepada kontrak pintar untuk memudahkan pertukaran maklumat antara sumber data on-chain dan off-chain.

Ditubuhkan pada tahun 2017 oleh Soravis Srinawakoon, Paul Chonpimai dan Sorawit Suriyakarn.

Band Protocol direka untuk menjadi lebih pantas dan cekap daripada penyelesaian oracle yang bersaing dan serasi dengan kebanyakan blockchain, termasuk rangka kerja pembangunan kontrak pintar.

Beberapa hari yang lalu, Protokol Band melancarkan mainnet Mirror V2 bersama rakan kongsinya Mirror Protokol (MIR).

Mirror Protokol adalah protokol DeFi yang dikuasakan oleh kontrak pintar pada rangkaian Terra yang membawa pendedahan harga kepada aset dunia sebenar secara on-chain.

Seterusnya, teliti carta pergerakan harga semasa BAND/USDT.

Dapat dilihat pada pembukaan pasaran 2021, Band telah menghasilkan lebih 300% kenaikan sehingga mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) mencapai harga $23.19 pada 15 April.

Setelah mencatatkan paras ATH tersebut, harga dilihat gagal meneruskan kenaikan dan menyusut lebih 60% ke zon SBR (support become resistance) sekitar $5.5 pada penghujung bulan Mei yang seiring dengan kejatuhan Bitcoin (BTC).

Pada pembukaan pasaran bulan Jun, pergerakan masih kekal membuat penurunan secara drastik sehingga menyusut ke zon sokongan sekitar $4.5 yang menjadi perhatian para pelabur.

Untuk jangkaan seterusnya, harga dijangka bakal memasuki semula zon SBR sekitar $5.5 tersebut dan diuji kembali sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Namun jika harga Band kembali meneruskan trend bearish, penyusutan bakal kembali menguji semula paras sokongan sekitar $4.5 sebelum menuju ke paras terendah yang pernah dicatatkan sebelum ini.

Ketika penulisan, BAND/USDT didagangkan pada $5.1 melonjak lebih 2% dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada di tangga ke-144 pada carta kripto.

Lihat gambar carta matawang kripto BAND/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat