Bangun Untuk Jatuh? Pergerakan BTC Masih Bercelaru!

258

“Naik laju turun pun laju juga, harga BTC sebenarnya nak pegi mana ni?

Setelah sekian lama berlegar-legar di paras yang sama, semalam pada 27 April seluruh pasaran mata wang kripto menyaksikan kenaikan harga apabila sentimen bertukar positif semula.

Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) berjaya melonjak lebih 10% untuk mencapai paras penting pada $30,000, di mana jumlah dagangannya turut meningkat sebanyak 58% pada $24.7 bilion dalam tempoh 24 jam lalu.

Namun pada hari sama, aset digital tersebut tergelincir semula pada $27,280 yang turut disusuli kripto kedua terbesar Ethereum (ETH) dengan susut pada $1,785 sejurus selepas mendaki tinggi sehingga mencecah $1,960.

Hal ini kerana lebih 39,000 pedagang secara keseluruhannya bertindak mencairkan dana bernilai $145 juta dalam tempoh 24 jam terakhir sementara kecairan terbesar untuk BTC iaitu $2.20 juta adalah daripada bursa kripto ByBit.

Menerusi pemerhatian, BTC Shorts yang telah dicairkan sekitar $60 juta manakala BTC Longs pula $8.39 juta membawa makna bahawa para pedagang masih mengharapkan harga aset digital itu untuk menurun lagi.

Meskipun begitu, harga BTC kini meningkat semula sebanyak 2.68% pada paras $29,111 dalam masa satu jam lalu dengan modal pasaran $563 bilion dan meningkat hampir 0.80% dalam tempoh tujuh hari lepas.

Selain itu, ETH juga melonjak sebanyak 2.75% pada paras $1,916 tetapi masih mencatatkan penurunan 1.52% sepanjang minggu lepas dan Ripple (XRP) malangnya tetap susut 0.14% pada $0.46 dalam tempoh 24 jam lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat