Bank-Bank Besar Jepun Tingkatkan Usaha Pengenalan Yen Digital

170

Jepun dalam usaha memperkenalkan matawang digital (CBDC) bermula 2021, tiga bank besar utama Jepun bersama 30 institusi swasta bersetuju untuk berkolaborasi menjalankan eksperimen terhadap digital yen.

Antara yang terlibat termasuk beberapa bank, broker Jepun, firma utiliti dan telekomunikasi dan runcitan bersetuju untuk berkolaborasi menjalankan eksperimen terhadap digital yen.

Menurut pengerusi gabungan tersebut, Hiromi Yamaoka, bank swasta akan bertanggungjawab dalam memperkenalkan matawang walaupun prospek bagi pihak lain yang terlibat masih belum dirangka lagi.

Jepun begitu teliti dalam pembangunan CBDC, memilih untuk tidak tergesa-gesa mengaplikasikan cashless payment. Menurut rekod, penggunaan tunai di negara itu dianggarkan mencecah 80%, berbanding 55% di Amerika Syarikat (AS) dan 30% di China.

Usaha tersebut diketuai oleh Mitsubishi UFJ Financial Group, Mizuho Financial Group dan Sumitomo Mitsui Financial Group yang mana masing-masing telah mewujudkan sistem pembayaran dan token digital sebelum ini.

Mereka yakin projek terbaru ini berupaya menjauhi platform ‘silo-type‘ dan landskap pembayaran digital yang terbahagi. Mereka berharap dapat menyaingi sistem pembayaran mudah alih seperti PayPay, yang diusahakan SoftBank, Paytm dan Yahoo Japan.

Pengenalan digital yen sebenarnya juga menimbulkan cabaran terhadap Bank of Japan dan institusi kewangan swasta dalam pengenalan yen digital termasuk aliran keluar besar dari simpanan bank swasta.

Namun, Yamaoka memberi jaminan jika kerjasama antara bank pusat dan sektor swasta berlaku secara meluas, masalah tersebut dapat diselesaikan dengan mudah.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat