Bank-Bank Malaysia Buat Transaksi Mencurigakan?

3,750

Sebanyak 23 transaksi yang masuk ke dalam atau dari bank-bank di negara ini antara 2010 serta 2016 didapati mencurigakan, dedah US Treasury Department’s Financial Crimes Enforcement Network (FinCEN).

Menurut laman sesawang International Consortium of Investigative Journalists’ (ICIJ), daripada 23 transaksi berkenaan, sejumlah AS$4.88 juta melibatkan dana masuk dan AS$13.38 juta membabitkan dana keluar.

Public Bank dikaitkan dengan 7 transaksi melibatkan dana keluar dari Malaysia sebanyak AS$13.37 juta, diikuti oleh AmBank dengan dua transaksi membabitkan dana masuk bernilai AS$2.9 juta.

Bank-bank lain yang turut terlibat dalam transaksi mencurigakan termasuklah Alliance Bank Malaysia Bhd, CIMB Bank Bhd, HSBC Bank Malaysia Bhd, OCBC Bank, Standard Chartered Bank Bhd, United Overseas Bank dan United Overseas Bank Malaysia Bhd.

Kesemua transaksi ini diproses melalui tiga bank yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), iaitu The Bank of New York Mellon Corp, Standard Chartered Plc dan JP Morgan Chase & Co. Bagaimanapun ketiga-tiga bank ini memfailkan laporan aktiviti mencurigakan kepada FinCEN.

Selain itu, kesemua transaksi itu yang dibuat antara April 2010 dan Ogos 2016, membabitkan sejumlah akaun di negara-negara seperti AS, Afghanistan, Emiriah Arab Bersatu, Taiwan, Singapura, Poland dan Latvia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat