‘Bank-Bank Utama Akan Beralih Kepada Bitcoin’ – Bill Miller

685

Pelabur yang dikenali, Bill Miller baru-baru ini menyatakan pendapatnya mengenai setiap bank utama, bank pelaburan utama dan setiap firma besar tidak lama lagi akan menerima pendedahan Bitcoin (BTC) atau seangkatan dengannya.

Kenyataan beliau dilaporkan pada Jumaat lepas, berdasarkan fenomena pelaburan besar terhadap Bitcoin oleh firma besar seperti Microstrategy ($425 juta) dan Square.

Begitu juga PayPal menawarkan perkhidmatan matawang kripto dan akan mengembangkan lagi usaha itu kepada peringkat global pada 2021.

Walaupun tidak dinafikan harga bitcoin tidak stabil, Miller tetap yakin aset kripto itu mempunyai kekuatannya tersendiri untuk bertambah baik setiap hari. Malah, risiko untuk susut ke paras sifat begitu rendah berbanding sebelum ini.

Jelasnya lagi, bekalan Bitcoin bertambah sekitar 2.5% setiap tahun dan permintaannya semakin berkembang. Tidak mustahil jika matawang itu sinonim sebagai kelas aset terbaik dalam tempoh 10 tahun.

Ini bukan kali pertama Miller ‘mengangkat’ nama Bitcoin. Pada 2017, figura itu mendedahkan sebanyak 50% dana MVP 1 miliknya telah dilaburkan ke dalam bitcoin.

Bill Miller merupakan pengasas syarikat pengurusan pelaburan, Miller Value Partners. Individu tersebut terkenal dengan kejayaannya mengalahkan S&P 500 setiap tahun bermula 1991 sehingga 2005.

Selain Miller, Paul Tudor Jones juga memiliki pendapat yang sama dan telah melabur sekitar 2% daripada portfolionya ke dalam matawang kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat