Bank Dunia, IMF ‘Hangatkan’ Penubuhan CBDC Untuk Perhatian G20

310

International Monetary Fund (IMF) dan Bank Dunia, bersama Bank for International Settlements (BIS) telah mengeluarkan satu kenyataan, mengaitkan penubuhan matawang digital bank pusat (CBDC) sebagai solusi kepada kebergantungan terhadap perkhidmatan pemindahan wang yang mahal.

Kenyataan itu digarapkan dalam satu laporan untuk sidang kemuncak G20 di Itali, melibatkan kehadiran menteri kewangan dan bank pusat dari negara-negara besar dunia.

Naib Presiden untuk Pertumbuhan, Kewangan dan Institusi bagi World Bank Group, Indermit Gill percaya pengenalan CBDC banyak memberi manfaat kepada masyarakat, perniagaan dan ekonomi seluruh dunia sebagai perkhidmatan pembayaran rentas sempadan yang cepat, murah, telus, dan lebih inklusif

Malah timbalan gabenor bagi kestabilan kewangan Bank of England, Sir Jon Cunliffe berpendapat teknologi CBDC dapat memampankan sistem pembayaran.

Bagaimanapun wujud risiko dalam penubuhan CBDC terutama bagi pasaran dan negara yang berkembang. Isu ini memerlukan perhatian yang tinggi untuk membendung aktiviti jenayah seperti kecurian wang atau maklumat sulit pemilik CBDC, termasuk penggodaman rangkaian.

Oleh itu, keputusan penubuhan CBDC akan sepenuhnya bergantung kepada sesebuah negara itu dalam mempertimbangkan manfaat dan kekurangannya.

Jikapun negara-negara bersetuju untuk membangunkan CBDC, teknologi ini berpotensi meningkatkan kecekapan pembayaran rentas sempadan, dengan syarat reka bentuknya mengikut prinsip Hippocratic Oath: ‘do no harm’.

Sementara itu pada Jun, pengerusi Federal Reserve Amerika Syarikat (AS), Jerome Powell telah mengadakan pertemuan bersama CEO Coinbase dan Digital Dollar Project. Barangkali, pertemuan tersebut ada kaitan dengan pengenalan dua prototaip dolar digital yang dijangka pada bulan ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat