Bank Dunia Kecilkan Unjuran Pertumbuhan Global, Negara Maju Bakal Hadapi Kemerosotan!

256

Bank Dunia menurunkan unjuran pertumbuhan global untuk tahun 2019 dan 2020 disebabkan oleh pemulihan dalam perdagangan dan pelaburan yang lebih perlahan daripada jangkaan meskipun pertikaian antara Amerika Syarikat dan China telah mula reda.

Tahun 2019 menunjukkan perkembangan ekonomi yang paling lemah sejak krisis kewangan global sejak sedekad lalu, manakala pada 2020 walaupun dijangka lebih baik, tetapi ia tetap terdedah kepada ketidakpastian dalam ketegangan perdagangan dan geopolitik.

Dalam laporan Prospek Ekonomi Global terkini, Bank Dunia menurunkan 0.2% daripada pertumbuhan untuk kedua-dua tahun, dengan unjuran pertumbuhan ekonomi global pada 2019 sebanyak 2.4% manakala pada tahun 2020 adalah 2.5%.

Peramal ekonomi utama Bank Dunia berkata peningkatan sederhana dalam pertumbuhan global ini menandakan berakhirnya kelembapan yang bermula sejak 2018 sehingga memberikan kesan kepada aktiviti global, perdagangan dan pelaburan, terutamanya pada tahun lepas.

Walaupun terdapat peningkatan dijangka akan berlaku, tetapi secara keseluruhannya Bank Dunia juga melihat prospek pertumbuhan yang lebih lemah.

Unjuran terbaru Bank Dunia juga mengambil kira mengenai perjanjian perdagangan fasa 1, di mana terma-terma perjanjian yang turut melibatkan penggantungan beberapa tarif import ke atas China dikatakan akan meningkatkan keyakinan perniagaan dan prospek pelaburan, sekali gus menyumbang kepada peningkatan dalam pertumbuhan perdagangan.

Pertumbuhan perdagangan dijangka meningkat dengan sederhana pada tahun 2020 kepada 1.9% daripada 1.4% pada 2019, paling rendah sejak krisis kewangan 2008-2009.

Bagaimanapun, kedua-dua prospek perdagangan dan pertumbuhan global kekal terdedah kepada hubungan A.S dan China serta ketegangan geopolitik yang semakin meningkat.

Bank Dunia meramalkan A.S dijangka akan bertumbuh hanya 1.8% daripada 2.3% pada 2019 disebabkan kelemahan berterusan sektor pembuatan dan kesan negatif daripada tarif A.S. Sementara China pula akan berkembang kurang daripada 6% buat kali pertama sejak tahun 1990, dengan jangkaan pertumbuhan sebanyak 5.9%.

Negara membangun pula dijangka mengalami peningkatan dalam pertumbuhan, di mana Argentina dan Iran diramal akan keluar daripada kemelesetan pada tahun ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat