Bank Negara Keluarkan Amaran Terhadap Skim Pelaburan ‘Lavida Coin’ Datuk Vida

2,949

Tidak sampai sebulan dilancarkan, Lavida Coin telah disenaraikan di dalam Amaran Pengguna Kewangan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Pengendali matawang kripto Lavida Coin iaitu Profit Galaxy dan laman web mereka telah dimasukkan dalam senarai syarikat pelaburan yang tidak diiktiraf atau diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan oleh bank pusat.

Lihat senarai syarikat di bawah Amaran Pengguna Kewangan BNM di sini.

Selain daripada Lavida Coin, pengasasnya Datuk Vida juga mengenalkan LAVIDAPAY iaitu satu ‘payment gateway‘ yang mempunyai sistem blockchain sendiri sebagai penyimpanan data. Pihak beliau juga meletakkan Lavida Coin dengan nama julukan “Step Mother of Coin”.

Baca pendedahan terhadap Lavida Coin di sini.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Juga Mengeluarkan Amaran

“SC menasihati orang ramai agar mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dan berwaspada dengan risiko yang terlibat dalam menyertai mana-mana skim pelaburan, terutamanya skim pelaburan yang membabitkan mata wang kripto dan token digital,” demikian kata Suruhanjaya Sekuriti dalam kenyataan akhbar pada 27 Ogos.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat