Bank Negara Malaysia, SPRM, LHDN Bergabung Perangi Jenayah Kewangan

194

Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan bergabung dalam usaha memerangi jenayah kewangan, rasuah dan pengelakan cukai.

Ktiga-tiga badan ini bersetuju pada Isnin untuk bekerjasama dalam memerangi jenayah kolar putih. Mesyuarat dihadiri sendiri oleh ketua tertinggi badan terbabit iaitu, Datuk Muhamad Ibrahim, Datuk Dzulkifli Ahmad dan Datuk Sabin Samitah.

Kombinasi usaha kerjasama dari tiga agensi ini akan mengukuhkan lagi sistem kewangan negara, meningkatkan pendapatan dan membina sebuah negara bebas rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Tujuannya ialah mengukuhkan usahasama strategik dalam membanteras jenayah kewangan, khususnya yang melibatkan rasuah dan pengelakan cukai.” kata Gabenor BNM.

“Kolaborasi dari tiga agensi ini akan membolehkan perkongsian maklumat tentang kemasukan wang dan transaksi haram melalui sistem kewangan. Ini adalah kunci untuk menjaga integriti dan keyakinan orang awam dalam sistem kewangan negara.” tambahnya lagi.

Datuk Dzulkifli Ahmad, berkata usaha itu turut membolehkan pertukaran maklumat berhubung siasatan di samping memperkukuh amalan terbaik setiap agensi tersebut memandangkan masing-masing mempunyai cabaran tersendiri dalam menangani jenayah kewangan, rasuah dan pengelakan cukai.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Sabin Samitah pula menyatakan kerjasama strategik tersebut merupakan langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan ketirisan cukai akibat jenayah kewangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat