Bank Negara Malaysia sudah mula bertindak agresif

108

Hari ini kita dikejutkan dengan tindakan Bank Negara Malaysia. Tindakan ini tidak dijangka oleh pakar-pakar ekonomi.

Bank Negara Malaysia hari ini telah memberi kejutan kepada pasaran apabila telah memotong overnight policy rate (OPR) daripada 3.25% menjadi 3.00%.

Pemotongan ini adalah yang pertama dilakukan dalam 7 tahun dan yang pertama dilaksanakan oleh Gabernor baru, Gabernor Muhammad Bin Ibrahim dan sama sekali tidak dijangka oleh penganalisa dan pakar ekonomi.

Pemotongan tersebut dilaporkan adalah bagi memastikan perkembangan ekonomi yang stabil.

Menurut BNM, “Perkembangan ekonomi global agak perlahan diakibatkan referendum UK tempoh hari dan kita harus selesaikan perkara ini.”

Malaysia merupakan negara ketiga terbesar menyumbang ekonomi Asia Tenggara dan dilihat mengalami perkembangan ekonomi yang perlahan diakibatkan harga minyak mentah dan komoditi lain yang melemah.

Inflasi bukanlah kerisauan BNM buat masa ini. Ringgit Malaysia dilihat menguat melawan US Dollar dan setakat ini di harga 3.9717.

USDMYR

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat