Bank Negara Melonggarkan Halangan Dalam Pasaran Forex Bagi Bank Tempatan

150

Bank Negara baru-baru ini telah melonggarkan regulasi (syarat-syarat) dalam pasaran tukaran matawang asing (Forex market) bagi membenarkan dagangan US dolar/Ringgit di antara bank tempatan.

Bank-bank tempatan dibenarkan membuat transaksi matawang asing sehingga $US 1 juta. Lebih mudah bank ini boleh membuat pertukaran dari US dolar kepada Ringgit atau sebaliknya sehingga $US 1 juta.

Sejak US dolar menguat secara mendadak pada 11 November lalu terutamanya Malaysia, Bank Negara menguatkuasakan halangan-halangan dalam transaksi matawang asing untuk melawan kejatuhan Ringgit di pasaran luar negara terutamanya berbanding US dolar.

Antara halangan-halangan tersebut termasuklah bank-bank luar atau pengurus dana dari luar hanya dibenarkan berurusan dengan bank tempatan sahaja dalam urusan tukaran matawang asing, pengeksport pula perlu menukarkan 75% dari hasil eksport mereka ke dalam Ringgit dan bank-bank tempatan tidak dibenarkan melakukan transaksi di pasaran luar Non-Delivarable Forward.

Tindakan keras BNM ini, sebenarnya adalah baik untuk melindungi Ringgit, tetapi tindakan ini memerlukan ‘Kos’. Tidak dinafikan BNM berjaya mengurangkan ‘volatility‘(turun-naik), tetapi ia juga membimbangkan pelabur luar.

Langkah yang diambil oleh BNM untuk menyerap tekanan dagangan di pasaran luar ‘non-delivarable forward‘ (NDF) sebenarnya menyukarkan pelabur luar untuk melindungi pelaburan (hedging) mereka di Malaysia.

Macquarie Bank Ltd. Global Funds salah sebuah ‘pengurus dana’ dari luar negara mengurangkan pelaburan mereka di pasaran bon Malaysia sebanyak RM25.2 billion sehingga Disember 2016, yang merupakan aliran dana keluar terbesar sejak 2008.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat