Bank of America Dedah Masa Terbaik Untuk Melabur Dalam Kripto Semula!

1,227

Walaupun pasaran mata wang kripto berada dalam keadaan tidak menentu susulan ekonomi yang suram, Bank of America Corporation menjangkakan aset digital bakal membuat pemulihan semula pada awal tahun 2023.

Oleh demikian, para pelabur akan mempunyai peluang keemasan untuk menambah lagi pelaburan dalam kripto atau saham yang turut membuat peningkatan.

Menurut ketua ahli strategi AS Bank of America, tinjauan telah menunjukkan sesi penjualan besar-besaran telah berlaku dalam pasaran.

Difahamkan, para pelabur telah mula menjual aset digital mereka secara besar-besaran ekoran pasaran kripto serta saham memaparkan korelasi negatif.

Malah, pasaran tidak membuat sebarang pemulihan disebabkan tindakan Federal Reserve (Fed) membuat pengetatan kuantitatif serta menaikkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas.

Namun begitu, pakar percaya bahawa Fed berkemungkinan akan bertindak melindungi kestabilan kewangan global ekoran peningkatan ketara dalam deflasi serta stagflasi.

Tinjauan itu memberi petunjuk bahawa kecairan pasaran telah merosot dengan ketara dan pasaran saham betul-betul menandakan pesimisme pelabur.

Dalam pada itu, Bank of America yakin bahawa pemulihan pasaran akan berlaku pada separuh pertama tahun 2023.

Walaupun begitu, Floria Grummes, pakar kripto dan pasaran menegaskan sesungguhnya kejatuhan pasaran kripto akan berterusan selama setahun lagi atau setengah tahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat