Bank of England (BOE) Ingin Menerbitkan Matawang Crypto?

523

Gabenor Bank of England (BOE), Mark Carney telah menyatakan bahawa beliau tidak membantah idea penerbitan matawang crypto oleh bank pusat. Ucapan ini dinyatakan oleh beliau di Riskbank of Sweden pada hari Jumaat.

Carney bercakap sebagai seoarang panel dalam acara sambutan hari jadi Riskbank yang ke 350.

Bagi mereka yang mengikut perkembangan crypto, Carney antara orang membangkang hal tersebut sebelum ini.

Pada bulan Februari, beliau berucap di Universiti Regent di London. Beliau mengatakan bahawa matawang cryto lebih menunjukkan kearah kegagalan setakan ini. Ia bukan penyimpan nilai dan tiada orang menggunakan ia sebagai medium pertukaran.

Pada awal bulan ini, BOE telah mengeluarkan kertas kerja yang menganalisis risiko-risiko bakal timbul jika bank pusat menerbitkan matawang crypto. Laporan tersebut mendapati bahwa tidak ada apa-apa risiko untuk projek tersebut kepada ekonomi British. Laporan ini kontra dengaan laporan awal tahun ini dimana Bank telah menggugurkan idea untuk mengisukan matawang crypto sendiri kerana ketakutan bahawa ia akan mengurangkan modal.

Pada ketika ini, Carney menekan bahawa isu penerbitan matawang tidak akan berlaku dalam jangka waktu terdekat ini dan matawang crypto tidak diklasifikasi sebagai wang.

BOE bukanlah bank pusat yang pertama yang berminat dengan idea penerbitan matawang crypto mereka sendiri, Rusia dan Sweden juga. Bank of Norway juga telah mengeluarkan laporan bahawa mereka sedang mempertimbangkannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat