Bank of England Mengekalkan Polisi, Gbp/Usd Melonjak 100 Pip

35

Mesyuarat terbaru Bank of England menunjukkan kadar faedah dikekalkan pada paras 0.25% dan keputusan hari ini juga sejajar dengan jangkaan pasaran. Tiada perubahan kepada jumlah pembelian bon semasa.

Namun, keputusan undian penetapan polisi menunjukkan undian 5-3 berbanding 7-1 sebelum ini. Forbes yang mengundi kenaikan kadar faedah dalam dua mesyuarat sebelum ini, sekali lagi mengundi kenaikan kadar sebentar tadi bersama Saunders dan McCafferty.

Hal ini lah yang telah menyebabkan matawang GBP melonjak dengan Gbp/Usd naik sebanyak 100 pip.

Keputusan yang dibuat oleh Saunders begitu signifikan kerana beliau bukanlah seorang ahli MPC (Monetary Policy Committee) yang begitu ‘hawkish‘ dan ini menunjukkan tekanan kepada kenaikan kadar faedah di UK.

Dalam ringkasan polisi, terdapat komen bahawa pertumbuhan pekerjaan menunjukkan lebihan kapasiti dalam ekonomi semakin berkurangan, yang mengurangkan kos-lepas antara keperluan mengimbangi dan mengurangkan toleransi bank pusat terhadap inflasi yang melebihi sasaran.

MPC juga sedar matawang GBP berhadapan dengan takanan penjualan yang berpotensi menaikkan harga import dengan purata pendapatan yang kurang meningkat. MPC juga sedar pertumbuhan gaji baru-baru ini adalah lemah.

Keseluruhannya, inflasi dijangka melebihi sasaran (overshoot) dan akan kekal di atas sasaran dalam masa tiga tahun akan datang. Semua ahli MPC bersetuju bahawa sebarang kenaikan kadar faedah dijangka secara beransur-ansur dan terhad.

Matawang GBP melonjak tinggi selepas keputusan bank pusat dengan Gbp/Usd naik sehingga 100 pip. Kini Gbp/Usd didagang di sekitar 1.2774 setakat pukul 7.56 malam pada Khamis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat