Bank of England Naikkan Kadar Faedah Sejajar Dengan Jangkaan Pasaran

639

Bank of England (BOE) menaikkan kadar faedahnya dari 0.50% kepada 0.75% sejajar dengan jangkaan pasaran pada Khamis, walaupun dengan kebimbangan pasaran terhadap isu Brexit.

Ahli-ahli BOE mengundi kenaikan kadar faedah tersebut dengan kombinasi 9-0. Sebelum ini pasaran menjangka sekurang-kurangnya seorang daripada ahli bank pusat tidak menyokong kenaikan kadar faedah. Dengan semua daripada ahli bank pusat bersetuju, matawang GBP melonjak selepas pengumuman pukul 7 petang tadi.

Pasangan matawang GBP/USD naik sehingga 50 pip setakat pada pukul 7.13 petang.

Laporan inflasi yang turut dikeluarkan menunjukkan BOE menurunkan unjuran terhadap pertumbuhan ekonomi global, di mana jangkaan terhadap ekonomi Britain dikekalkan. Ekonomi Britain dijangka meningkat sebanyak 1.4% pada tahun ini dengan unjuran terhadap tahun 2020 pada kadar purata 1.75%.

Walaubagaimanapun, unjuran terhadap inflasi meleset kepada 2.2% pada tahun 2019 lebih rendah daripada unjuran sebelum ini sebanyak 2.3%.

Dalam isu Brexit, masih banyak ketidaktentuan dalam proses rundingan antara Britain dan Kesatuan Eropah (EU), walaupun Britain dijangka keluar secara rasmi daripada EU pada Mac tahun depan.

Untuk pengetahuan anda, ini adalah kenaikan kadar faedah kedua oleh BOE sejak hampir sepuluh tahun yang lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat