Bank of Japan Komited Untuk Mencapai Sasaran Inflasi

58

Gabenor Haruhiko Kuroda (Bank Pusat Jepun) pagi tadi menegaskan bahawa rangka kerja baru bagi polisi monetari Jepun diterima baik oleh pasaran. Beliau juga menegaskan volatility (turun-naik) pasca pilihanraya hanyalah sementara.

Beliau mengatakan, sebelum pilihanraya pasaran Jepun memberikan respon di mana berlaku kenaikan nilai Yen dan kejatuhan pasaran saham Jepun. Hal ini disebabkan kenaikan nilai Yen memberi kesan downward pressure (menekan kebawah) kepada pasaran saham kerana Yen yang semakin mahal menyebabkan harga eksport juga menjadi mahal.

Yen yang meningkat beberapa minggu lepas disebabkan ketaktentuan ekonomi sebelum pilihanraya yang menyebabkan pengaliran dana ke matawang safe haven seperti Yen dan Swiss Franc.

Pun begitu pada hari ini, Yen menyusut dan pasaran saham juga telah meningkat kerana sentiment semasa yang positif terhadap Trump. Dana dibawa keluar semula dari Jepun dan Switzerland menyebabkan kejatuhan nilai matawang kedua-dua negara ini.

Gabenor Kuroda mengatakan Bank Pusat Jepun akan meneliti dan monitor perkara secara rapat.

Kuroda mengatakan pagi tadi, bahawa bank pusat komited untuk meningkatkan asas monetary (monetary base) bagi mencapai sasaran inflasi.

Meningkatkan monetary base bermaksud meningkatkan jumlah wang dalam kitaran ekonomi menunjukkan penawaran wang yang meningkat. Penawaran Yen yang semakin bertambah akan menjatuhkan nilai Yen secara teorinya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat