Bank Pusat Arab Saudi Lantik Bekas Eksekutif Accenture Sebagai Ketua Pegawai Kripto

158

Bank pusat Arab Saudi (SAMA) melantik Mohsen AlZahrani bagi mengetuai program mata wang kripto memandangkan negara kaya minyak tersebut bermatlamat untuk membawa kejelasan peraturan kepada sektor kripto.

AlZahrani merupakan bekas pengarah urusan Accenture yang menjadi peneraju aset maya dan mata wang digital bank pusat (CBDC) pada bulan Julai, bukanlah kali pertama beliau menyertai SAMA.

Sebelum ini, AlZahrani pernah bekerja di bank pusat itu sebagai pengarah pusat inovasi yang menerajui semua projek blockchain dan CDBC selama empat tahun iaitu dari Mac 2015 hingga Oktober 2018.

Seterusnya, bank pusat Saudi bekerjasama dengan bank pusat UAE bagi mengusahakan projek CBDC yang digelar Aber walaupun SAMA telah memberi amaran sebelum ini terhadap perdagangan aset kripto disebabkan berada di luar pengawasan kerajaan.

Hal ini kerana, Arab Saudi merupakan salah satu negara yang paling popular dalam perdagangan kripto dalam kalangan 3 juta rakyat Saudi serta 14% daripada penduduk berumur 18 hingga 60 tahun dilaporkan memiliki mata wang kripto atau telah berdagang sejak enam bulan lalu berdasarkan tinjauan.

Secara konteks, Arab Saudi sedang mengusahakan peraturan kripto dengan melibatkan kerjasama bersama beberapa syarikat terbesar kripto di dunia termasuklah Binance dan firma lain yang melihat peluang untuk meneroka pasaran di Saudi.

Dijelaskan juga, rancangan Arab Saudi adalah menjadikan Riyadh ibu kota yang mempunyai tempat teratas di rantau Teluk untuk menjalankan perniagaan.

Sementara dalam laporan berasingan, Binance iaitu syarikat pertukaran mata wang kripto terbesar dunia telah melantik bekas Presiden Bank Pusat Brazil dan Menteri Henrique Meirelles sebagai ahli lembaga penasihatnya.

Oleh demikian, Binance melaporkan akan mengeluarkan lebih banyak butiran mengenai inisiatif ini tidak lama lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat