Bank Pusat Australia Kekalkan Kadar Faedah Pada Mesyuarat Dasar Kali Ini

241

Tumpuan utama pasaran pada hari ini adalah pada penetapan kadar faedah oleh bank pusat Australia. Reserve Bank of Australia (RBA) untuk mesyuarat dasar monetari bulan Mei telah mengekalkan kadar faedah di paras 1.50% tidak berubah.

Keputusan tersebut adalah meleset daripada jangkaan penurunan kepada kadar 1.25% oleh pasaran sebaliknya terus mengekalkan kadar di paras sedia ada untuk mesyuarat kali ke-30 berturut-turut.

Dengan itu, nilai dagangan Aussie terus melonjak kukuh dan dapat dilihat kenaikan sehingga 60 pips pada chart pasangan matawang AUD/USD susulan keputusan mesyuarat dikeluarkan sebentar tadi.

Menurut kenyataan RBA, ahli mesyuarat berpendapat adalah bersesuaian untuk tindakan mengekalkan kadar faedah untuk mesyuarat pada kali ini. Unjuran ekonomi global masih kekal wajar walaupun dilihat berisiko.

Keadaan kewangan global kekal akomodatif. Hasil pulangan bon jangka masa panjang berada di paras rendah, kekal konsisten bersama unjuran inflasi yang lemah.

Mengenai data inflasi pula, kadar inflasi pada laporan suku tahunan pada Mac lalu ternyata berada pada paras yang lemah berbanding jangkaan dan mencetuskan tekanan inflasi terhadap ekonomi. Kadar inflasi dijangka akan meningkat selepas ini, namun peningkatan berkemungkinan adalah beransur-ansur.

Pasaran buruh di Australia kekal kukuh dan menjadi salah satu faktor yang menyokong kadar faedah daripada terus menurun lebih rendah. Terdapat perubahan signifikan terhadap pertambahan pekerjaan dan kadar peluang pekerjaan kekal tinggi.

Dengan perkembangan positif ini, dapat dilihat perkembangan terhadap proses untuk mengurangkan kadar pengangguran sejak tempoh enam bulan lalu.

Perubahan pada perkembangan pasaran perumahan di Australia kekal berterusan selepas berlaku kenaikan harga lebih awal di beberapa buah bandar sebelum ini. Syarat kekal rendah dan juga inflasi sewa turut kekal rendah.

Syarat pinjaman untuk sesetengah peminjam diperketatkan beberapa tahun kebelakangan ini dan pada masa yang sama, permintaan kredit oleh pelabur terhadap pasaran perumahan semakin perlahan berikutan perubahan dinamik yang berlaku dalam pasaran.

Pantau dagangan Aussie yang sedang mengukuh dalam pasaran sementara memberi tumpuan juga terhadap perkembangan rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China yang turut mempengaruhi matawang komoditi Australia tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat