Bank Pusat Australia Mengekalkan Kadar Faedah Bulan November Pada 1.50%

67

Berdasarkan laporan Reserve Bank of Australia (RBA) pada hari Selasa, kadar faedah (cash rate) ditetapkan pada 1.50% bagi bulan November seperti yang telah dijangka. Cash Rate ialah istilah yang digunakan RBA bagi merujuk kadar faedah yang dikenakan keatas pinjaman semalaman antara bank atau lebih mudah ialah kadar faedah negara Australia setiap bulan.

Menurut, ketua ekonomi di ABC Bullion, Jordan Eliseo telah menjangkakan bahawa kelembapan ekonomi Australia tidak akan membuat RBA mengurangkan kadar tersebut.

Lanjut beliau, walaupun pertumbuhan jualan runcit perlahan bagi beberapa bulan lepas, RBA masih lagi yakin dengan keseluruhan ekonomi Australia.

Pakar industri juga bersetuju dengan kadar 1.50% seperti yang telah dinyatakan oleh RBA, namun segelintir mereka berbeza pendapat terhadap pergerakan kadar faedah rasmi di masa hadapan.

Bagi Eliseo, beliau meramalkan bahawa akan terdapat pengurangan kadar pada masa akan datang yang disebabkan beberapa indikator ekonomi yang bertumbuh secara perlahan. Bagi beliau pengurangan paling awal ialah pada suku tahun pertama 2018.

Namun penganalisis hartanah, Jessica Darnbrough, berpendapat keadaan ekonomi yang bertambah baik akan membawa kepada peningkatan kadar faedah tersebut.

Hal ini kerana ekonomi dalaman dan luar negara sedang menunjukkan tanda-tanda positif, dimana ia akan mendorong RBA untuk meningkatkan kadar faedah pada beberapa bulan akan datang.

Berdasarkan kajian soal selidik yang dilakukan, 62% penghutang berpendapat bahawa bank akan meningkatkan kadar faedah bagi 12 bulan akan datang.

Menurut Ketua Penganaisis Core Logic, Tim Lawless, peningkatan kadar faedah akan memberi kesan buruk kepada penggunaan isirumah dan seterusnya menyebabkan pertumbuhan ekonomi semakin perlahan dan pengurangan dalam tawaran pekerjaan. Jika kadar faedah dinaikkan, ia akan memberi kesan pada hutang perumahan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat