Bank Pusat Australia Menjangkakan Pertumbuhan GDP Tidak Akan Banyak Berubah, Sasaran Inflasi Dikurangkan

51

Berdasarkan laporan polisi monetari Reserve Bank Australia (RBA) pada hari Jumaat, inflasi dijangka tidak akan mencapai melebihi paras 2% sehingga pertengahan tahun 2019. Kadar faedah mungkin akan dikekalkan rendah sepanjang tahun 2018.

Pada hari ini RBA mengeluarkan kenyataan polisi monetari bagi sukuan terakhir. Laporan itu mengemaskini maklumat berkenaan pertumbuhan GDP, kadar pengangguran dan inflasi.

Berdasarkan laporan, RBA menjangkakan pertumbuhan ekonomi GDP bagi 3 tahun akan datang tidak akan banyak berubah.
Perutumbuhan GDP disasarkan akan bertumbuh pada kadar 2.5% pada tahun 2017, 3.25% pada tahun 2018, dan 3.25% pada tahun 2019.

Kadar pengangguran pula disasarkan akan mencapai pada kadar 5.5% dan akan menurun kepada 5.25% pada akhir tahun 2019.

Namun sasaran inflasi diturunkan bagi beberapa tahun akan datang. Pada tiga bulan lepas, RBA mensasarkan kadar inflasi akan meningkat kepada 2% pada akhir tahun 2018. Inflasi akan meningkat ke paras 2.5% pada bulan Jun 2019. Tetapi berdasarkan kenyataan terbaru RBA, kadar inflasi 2% berkemungkinan tidak akan dapat dicapai sehinggalah pertengahan tahun 2019.

Bank pusat tersebut dijangka tidak akan meningkatkan kadar faedah kecuali kadar inflasi dapat mencapai pada kadar 2% sehingga 3%.

Menurut Bill Evan, ketua ekonomi Westpac, berdasarkan kenyataan terbaru ini, terdapat keraguan bilakah RBA akan meningkatkan kadar faedah.

Dalam masa yang sama RBA tetap berjaga-jaga dengan pertumbuhan upah Australia dan terdapat tanda-tanda bahawa kadar upah mungkin berubah.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat