Bank Pusat Australia Turunkan Kadar Faedah Ke Paras Terendah Terbaru!

350

Tumpuan utama pasaran hari ini terarah pada keputusan mesyuarat polisi monetari oleh bank pusat Australia yang memberi kesan terhadap dagangan dolar AUD.

Reserve Bank of Australia (RBA) sekali lagi telah menurunkan kadar faedah dari paras 1.25% kepada 1.00% untuk mesyuarat Julai kali ini seperti yang dijangkakan oleh pasaran. Penurunan tersebut mencatatkan sejarah paras terendah terbaru oleh bank pusat setelah pengurangan kadar diteruskan sejak mesyuarat sebelum ini.

Bank pusat menjelaskan tindakan tersebut adalah bersesuaian dengan unjuran ekonomi global dan menyokong pertumbuhan pasaran buruh serta mengawal kadar inflasi untuk tempoh jangka masa sederhana.

Pelabur turut mengintai sebarang petunjuk bagi tambahan penurunan kadar seterusnya oleh bank pusat namun tidak menemui jawapan.

Berikut adalah sebahagian kenyataan penting yang diutarakan pada mesyuarat polisi monetari oleh RBA kali ini:

  • Bank pusat akan memantau perkembangan pasaran buruh dengan lebih teliti.
  • Polisi monetari perlu diubah untuk menyokong pertumbuhan yang berterusan.
  • Bank pusat mengambil keputusan penurunan kadar ini untuk menyokong pertumbuhan pasaran buruh dan memberikan keyakinan terhadap inflasi.
  • Perlu tindakan yang pantas dalam mengurangkan kadar pengangguran.
  • Keadaan pasaran perumahan masih perlahan.
  • Pasaran buruh semakin berkembang kukuh.
  • Isyarat harga rumah yang semakin stabil di Sydney dan Melbourne.
  • Risiko ketegangan perdagangan global turut mempengaruhi pelaburan perniagaan global

Secara teknikal, matawang dolar Australia berbanding matawang utama yang lain khususnya USD, menjunam susulan keputusan penurunan kadar diumumkan sebelum kembali melonjak semula dengan sentimen bank pusat yang agak neutral.

Tiada isyarat tambahan penurunan kadar untuk mesyuarat akan datang sebaliknya tindakan penurunan kadar kali ini adalah bersesuaian dengan unjuran ekonomi global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat