Bank Pusat China Umum Tindakan Keras Terhadap Kripto Buahkan Hasil!

3,665

China sebelum ini berkali-kali mencetuskan kerisauan dalam pasaran kripto dengan mengambil pendekatan yang keras terhadap kripto. Dalam laporan terkini,  bank Pusat mengumumkan untuk komited dalam melakukan pemantauan selepas tindakan susulan pembasmian aset kripto di seluruh China.

Dalam Laporan Kestabilan Kewangan China baru-baru ini, People’s Bank of China menyatakan bahawa tindakan keras kripto jangka panjang sudah sampai ke penghujung. Berikutan pindaan peraturan, Bank Pusat menukarkan pendekatan mereka dari mengenakan larangan kepada pemantauan rutin.

Menurut People’s Bank of China,pengurusan aset, pendanaan awam ekuiti,perdagangan aset kripto, perdagangan matawang yang telah melalui rektifikasi akan berada di bawah pemantauan rutin Bank Pusat.

Kerajaan China tegas dalam menangani operasi ekonomi haram di seluruh negara. Bermula dari pengumpulan dana dan penipuan tidak sah sehinggalah kepada bursa perdagangan kripto yang tidak berdaftar.

Pada bulan Ogos, bank mengumumkan dalam taklimat media bahawa perdagangan kripto di China telah mengalami kejatuhan drastik sejak kerajaan meningkatkan tindakan keras mereka terhadap kripto. Setakat ini, laporan terbaru melaporkan bahawa tindakan dari kerajaan dan Bank Pusat telah membuahkan hasil.

Beberapa kes pengumpulan dana haram yang telah terkumpul selama bertahun-tahun dan telah lama ditangguhkan telah ditangani. Risiko pendanaan OTC berskala besar dan sistematik juga telah berjaya diselesaikan. Tindakan keras terhadap kegiatan haram dan jenayah juga membuahkan hasil.

Walaubagaimanapun pasaran belum memberi reaksi terhadap FUD dari China ini. Bitcoin didagangkan pada harga $50,776.52, naik 1.25% dalam tempoh 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat