Bank Pusat Hong Kong Juga Potong Kadar 50 Mata Asas Seperti Fed, Situasi Pasaran Semakin Buruk!

227

Sentimen negatif terus menyelubungi pasaran kewangan global apabila memperlihatkan kemerosotan dagangan hampir kesemua matawang-matawang utama dunia.

Bank-bank pusat utama seluruh dunia mempertimbangkan untuk melanjutkan polisi pelonggaran termasuk bank pusat Australia yang telah menurunkan kadar faedah ke paras terendah terbaru di paras 0.50%.

Apa yang lebih mengejutkan apabila Federal Reserve telah mengumumkan pemotongan kadar faedah sehingga 50 mata asas semalam dan sasaran julat kadar kepada 1.00% hingga 1.25%. Keputusan yang ditetapkan di luar jadual mesyuarat polisi ini adalah pertama kali dilakukan sejak krisis kewangan 2009.

Menyusul kemudian, Bank pusat Hong Kong (HKMA) turut memotong kadar faedah sebanyak 50 mata asas kepada 1.5%, 1 jam selepas Fed mengumumkan pemotongan kadar.

Ini adalah tidak lain tidak bukan disebabkan oleh faktor risiko penularan wabak Coronavirus yang kini sedang aktif melanda ekonomi utama seluruh dunia.

Hasil perbendaharaan 10-tahun Amerika Syarikat terus menjunam ke paras rekod terendah terbaru 0.906%, terus mengurangkan minat pelabur terhadap matawang US dolar.

US dolar terus diniagakan lemah berikutan penurunan kadar oleh Fed sementara pasaran menantikan laporan data pekerjaan Amerika Syarikat pada Jumaat.

US dolar menyusut berbanding Yen ke paras terendah 5 bulan selepas pengumuman pemotongan kadar kecemasan tersebut.

Namun begitu, matawang safe-haven Yen juga gagal mengekalkan pengukuhan dalam suasana pasaran berisiko berikutan bank pusat Jepun (BOJ) juga sedang mempertimbangkan kaedah pelonggaran dasar.

Dipercayai bank pusat Eropah (ECB) dan juga bank pusat England (BOE) turut akan mengikuti jejak langkah yang sama.

Bank Dunia (World Bank) telah mengumumkan pakej rangsangan awal bernilai $12 bilion untuk membantu negara-negara yang terkesan oleh serangan penularan wabak pandemik COVID-19 ini.

Keadaan semakin berisiko, penganalisis ekonomi melihat mesyuarat G7 dan tindakan penurunan kadar oleh Fed masih gagal untuk menyokong kestabilan ekonomi global.

Adakah situasi akan menjadi lebih buruk? Pelabur dinasihatkan untuk berwaspada untuk berada dalam pasaran.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat