Bank Pusat Jepun Akan Teruskan Pelonggaran Polisi Monetari

408

Bank pusat Jepun akan mengekalkan polisi monetarinya pada hari Jumaat dan unjuran inflasi akan dapat dicapai pada tahun hadapan. Mereka juga memberi tanda-tanda bahawa tindakan terbesar ialah memperlahankan perlaksanaan dasar pelonggaran kuantitatif.

Dua pemangku gabenor yang baru, Masayoshi dan Masazumi Wakatabe menunjukkan kehadiran mereka dalam ulasan yang berakhir pada hari Jumaat.

Mesyuarat tersebut juga menghadirkan Gabernor Haruhiko Kuroda, yang baru sahaja dilantik kembali untuk 5 tahun sesi. Beliau telah melancarkan program pembelian aset bagi mengeluarkan Jepun daripada deflasi dan mempercepatkan pertumbuhan inflasi kepada kadar 2 peratus.

Mesyuarat bersetuju untuk mengekalkan polisi rangsangan ekonomi mudah pada ketika ini. Terdapat beberapa ahli yang mengkritik dasar polisi yang sangat longgar dengan mengekalkan kadar faedah pada kadar yang redah.

Dengan ketiadaan perubahan pada hari Jumaat, pasaran sekarang menumpukan pada ucapan Kuroda tentang kesan kenaikan kadar hasil bon US terhadap polis bank pusat Jepun.

Menurut penganalisis ekonomi, jika kadar faedah US terus meningkat maka ia mungkin memberi tekanan kepada hasil bon Jepun. Tetapi untuk BOJ, ia kurang memberi kesan berbanding lonjakan matawang yen.

BOJ dijangka akan mengekekal kadar faedah yang rendah ini pada -0.1 peratus dan hasil bon 10 tahun dalam 0 peratus.

9 ahli mensyuarat berpendapat inflasi akan mencapai 1.8% pada tahun 2019 dan 2% pada tahun berikutnya.

Pembuat polisi lebih menyukai matawang yen yang lebih lemah kerana ia dapat mendorong eksport. Ekonomi Jepun telah berkembang sebanyak 1.6 peratus antara Oktober-Disember.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat