Bank Pusat Jepun Mempunyai Banyak Langkah Untuk Menamatkan Program Rangsangan QE : Masayoshi Amamiya

47

Salah seorang pegawai kanan di Bank Pusat Jepun berkata pada Jumaat bahawa bank pusat tersebut mempunyai pelan yang mencukupi bagi menamatkan pelan rangsangan monetari secara besar-besaran.

Masayoshi Amamiya iaitu Pengarah Eksekutif yang menyelia dasar kewangan BoJ memberitahu Parlimen bahawa terlalu awal untuk membahaskan cara-cara ataupun tindakan yang diperlukan bagi menarik balik rangsangan monetari yang telah digunakan ke dalam ekonomi Jepun sebelum ini.

Namun begitu, beliau turut menambah bahawa BoJ mempunyai pelbagai cara untuk menurunkan semula jumlah balance sheet yang terlalu tinggi dan menaikkan kadar faedah sekiranya diperlukan.

Memetik kenyataan Amamiya lagi, langkah-langkah tersebut sememangnya mencukupi buat BoJ bagi menormalkan keadaan monetari disamping mengekalkan kestabilan pasaran semasa.

Sejak memperkenalkan dasar pelonggaran kuantitatif pada tahun 2013, pegangan bon kerajaan Jepun meningkat pada kadar tahunan sebanyak 80 Trillion Yen. Sejak itu, BoJ telah mengurangkan sedikit komitmen terhadap sasaran ini dan menambah fokus kepada kawalan hasil jangka pendek dan jangka panjang.

Kini, BoJ meletakkan kadar faedah jangka masa pendek pada paras negatif 0.1 peratus.

Emas Kembali Didagang Meningkat Selepas Mencatat Kerugian Pada Minggu Lepas

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat