Bank Pusat Kanada Dilihat Sukar Mencapai Sasaran Inflasi! Apa Yang Berlaku?

112

Inflasi Kanada dilihat tidak mungkin kembali kepada sasaran 2% bank pusat sehingga 2024 selepas memuncak pada Jun. Di tambah pula faktor yang kurang menentu seperti gaji dan sewa menggantikan tenaga sebagai sumber utama tekanan harga, kata penganalisis.

Dalam usaha untuk mengembalikan inflasi kepada sasaran, sejak Mac Bank of Canada (BoC) telah menaikkan kadar faedah penanda arasnya sebanyak 225 mata asas kepada 2.50%, termasuk pergerakan mata peratusan penuh dalam keputusan dasar terakhirnya pada bulan Julai. Ia juga merupakan kenaikan tunggal oleh negara G7 dalam kitaran ekonomi.

Jangkaan kejatuhan inflasi yang perlahan untuk kembali ke sasaran boleh menyebabkan bank pusat kurang bersedia untuk beralih kepada pemotongan kadar faedah tahun depan jika ekonomi bergerak dalam kemelesetan seperti yang dijangkakan beberapa penganalisis.

Pada awal bulan ini, penganalisis mejangkakan  bahawa bank pusat akan mengurangkan kadar seawal Mac tahun depan.

“Walaupun dengan ekonomi yang berkemungkinan mengalami kemelesetan sederhana tahun depan, kami fikir ia akan mengambil masa sehingga 2024 untuk mendapatkan inflasi kembali ke sasaran, atau hampir ,” kata Josh Nye, ahli ekonomi kanan di Royal Bank of Canada.

Ramalan terbaru Bank of Canada, pada bulan Julai, adalah  inflasi kembali kepada 2% menjelang akhir 2024.

Inflasi Kanada mula perlahan kepada 7.6% pada bulan Julai berikutan harga petrol yang lebih rendah, turun daripada paras tertinggi hampir 40 tahun sebanyak 8.1% pada bulan Jun, tetapi ukuran tekanan harga teras yang menghilangkan komponen yang paling tidak menentu, seperti tenaga, terus meningkat.

Peningkatan dalam pemacu inflasi yang bergerak lebih perlahan seperti gaji dan sewa berkemungkinan berterusan, walaupun kenaikan harga komoditi dan beberapa kekangan bekalan yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 dan perang Ukraine semakin reda, kata penganalisis. .

Pelabur nampaknya telah mengambil perhatian, dengan pasaran wang kini menjangkakan kadar faedah penanda aras bank pusat itu memuncak pada kira-kira 3.75% pada suku pertama tahun depan dan kekal menghampiri paras itu sehingga hampir 2023.

Rizab Persekutuan juga mungkin berhadapan isu yang sama membawa inflasi kembali ke sasaran. Namun ia mempunyai kelebihan pekerjaan yang kukuh dan kestabilan harga, tidak seperti matlamat tunggal inflasi rendah yang dijalankan oleh bank pusat Kanada.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat