Bank Pusat Kanada Umumkan Pemotongan Kadar Faedah Sebanyak 50 Mata Asas Bagi Tangani Koronavirus!

331

Bank of Canada telah memutuskan untuk memotong penanda aras kadar faedah sebanyak 50 mata asas kepada 1.25% daripada 1.75% pada hari Rabu bagi menghadapi penularan wabak koronovirus yang menyebar dengan marak dan dalam masa yang sama memberi indikasi bahawa BoC bersedia untuk mengurangkan lagi kadar jika perlu untuk menyokong ekonomi.

Menurut Bank Pusat Kanada wabak koronavirus itu adalah sebuah kejuatan negatif ketara kepada Kanada dan prospek ekonomi global. Bank Pusat Kanada mejangkakan bahawa jika penularan wabak koronavirus tidak dapat dibendung maka keyakinan perniagaan dan pengguna akan merosot dan ekonomi akan terus menyusut.

Tambah BoC, pihak mereka juga bersedia untuk melonggarkan dasar monetari jika diperlukan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi dan mengekalkan inflasi pada pasaran.

Ini adalah kali pertama bank pusat ini mengurangkan kadar sebanyak 50 mata asas sejak tahun 2009 semasa krisis kewangan global berikutan keputusan the Fed untuk menurunkan kadar sebanyak 50 mata asas.

Bank Pusat Kanada tegas bahawa pasaran akan beroperasi dengan baik dan pihak mereka akan memastikan sistem kewangan Kanada mempunyai kecairan matawang yang mencukupi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat