Bank Pusat Kyrgyzstan Gubal Undang-undang Kripto

318

Bank pusat untuk negara Asia Tengah Kyrgyzstan sedang mengusahakan draft undang-undang untuk mengendalikan industri matawang kripto di negara itu.

Menurut pengumuman yang dikemukakan, Bank Negara Republik Kyrgyz mengemukakan draft undang-undang yang akan mengatur pertukaran matawang kripto dengan mengadakan rundingan bersama pihak berkepentingan dalam industri.

Tambahan daripada itu, draft berkenaan akan merangkumi urusan penjualan dan pembelian matawang kripto dengan tujuan untuk memerangi scam kripto dan jenayah kewangan yang palsu, serta melindungi hak pengguna dan pelabur.

Di antara faedah yang diharapkan dari peraturan yang akan datang, bank mencatat peningkatan pengembangan produk kewangan digital, serta mewujudkan persekitaran yang baik untuk komuniti perniagaan bahkan terdapat kemungkinan bahawa peraturan cukai formal untuk aset digital akan diperkenalkan.

Walau bagaimanapun, bank tersebut juga menyedari akan cabaran yang bakal dihadapi.

Berdasarkan pengumuman itu, mereka mengharapkan agar undang-undang kripto yang tegas dapat memberikan kesan yang baik untuk perniagaan yang berkaitan dengan kripto dan menarik pelaburan.

Seterusnya, mereka akan menerima cadangan untuk rancangan undang-undang tersebut hingga 27 November, setelah itu ianya akan diterbitkan secara rasmi pada 4 Disember.

Pada bulan Ogos 2019, parlimen telah memperkenalkan rang undang-undang untuk mengenakan cukai kepada pelabur matawang kripto dan masih membincangkan isu berkenaan secara teliti.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat