Bank Pusat Negara Ini Ingin Benarkan Rakyatnya ‘Trade’ Kripto!?

995

Pada 5 Februari lalu, Bank Pusat Nigeria (CBN) telah mengumumkan larangan segala transaksi kripto di negara itu. Walaubagaimanapun, kenyataan terkini oleh seorang pegawai atasan di CBN,Adamu Lamtek dilihat bertentangan dengan kenyataan sebelum iaitu dimana bank pusat mengumumkan larangan perdagangan kripto.

Sejak larangan tersebut, aktiviti perdagangan mencatat kemorosotan di platform pertukaran yang dikawal. Namun disisi lain terdapat lonjakan jumlah perdagangan dalam rangkaian P2P. Justeru terdapat ura-ura bahawa CBN akan menyekat perdagangan P2p.

Walaubagaimanapun, menurut Lamtek dalam wawancara baru-baru ini larangan kripto ini tidak merangkumi perdagangan kripto. Tambah beliau, perintah larangan CBN ditujukan kepada bank sahaja dan bukan peniaga atau pelabur kripto. CBN mengingatkan bank untuk menghentikan penglibatan mereka dalam transaksi yang melibatkan kripto pada bulan Februari.

Pemimpin-pemimpin industri dalam satu laporan dilaporkan bahawa mereka lebih cenderung peraturan dikenakan daripada langkah larangan. Mereka berpendapat bahawa perdagangan kripto berada di luar kawalan bank pusat kerana pelabur telah berpindah ke platform P2P.

Antara faktor lain yang menyokong kebenaran berdagang kripto, ialah SEC Nigeria sebelum ini mengakui bahawa pasaran kripto terlalu besar untuk diabaikan. Dalam masa yang sama, SEC Nigeria dan CBN mendedahkan bahawa mereka akan bekerjasama untuk mengatur matawang kripto. Ini merupakan petunjuk positif bahawa larangan sebelum ini ditarik kembali.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat