Bank Terbesar Jepun MUFG Akan Melancarkan Matawang Crypto Sendiri

767

Mitsubishi UFJ Financial Group, Inc. (MUFG) merupakan bank keempat terbesar dalam dunia telah mengeluarkan kenyataan bahawa akan mengambil langkah baru dengan menawarkan perkhidmatan crypto dan mengeluarkan matawang crypto sendiri iaitu MUFG coin.

MUFG merupakan syarikat kewangan terbesar di Jepun dan kini dalam proses untuk menjadi perbankan pertama yang akan menggunakan matawang digital. Selain itu, MUFG Jepun juga memutuskan untuk melancarkan perkhidmatan pertukaran matawang cryptonya sendiri.

MUFG kini dalam proses mengumpulkan sumber dan membangunkan ahli pasukan bagi merealisasikan penggunaan matawang crypto dalam sistem operasi kewangan.

Berdasarkan laporan, pertukaran matawang crypto, matawang crypto MUFG dan sistem wallet dijangka akan dilancarkan pada tahun 2018. Matawang crypto MUFG atau MUFG coin akan disandarkan kepada matawang yen.

Selain daripada pengeluaran matawang crypto sendiri, MUFG juga akan memperkenalkan token-crypto. Token yang dikeluarkan akan berfungsi sebagai crypto-aset bagi melindungi pelabur dari turun-naik pasaran yang cepat berubah (volatility).

Secara dasarnya, MUFG coin berfungsi seperti matawang crypto Tether (USDT). Namun bagi menampung kelemahan yang ada pada USDT, MUFG akan melalui proses pendaftaran yang ketat. Pihak pentadbiran dan Financial Service Agency (FSA) Jepun juga telah menyusun sejumlah peraturan supaya operasi matawang digital dapat beroperasi dengan baik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat