Bank Terkemuka Switzerland Kaut Untung $524 Juta Kerana Bitcoin?

504

Julius Baer Group, bank terkemuka Switzerland yang menguruskan aset sebanyak $ 427 bilion, mengumumkan pada 20 Julai bahawa keuntungannya meningkat sebanyak $ 524 juta dalam 2 suku terakhir. Hal ini demikian kerana terdapat kemungkinan besar bahawa mereka memperoleh keuntungan daripada peningkatan pendapatan perdagangan di seluruh Amerika Syarikat dan Eropah.

Keuntungan Julius Baer dilaporkan meningkat sebanyak 34% pada separuh pertama tahun 2020. Keuntungan tersebut dikatakan didorong oleh pengenalan perkhidmatan pengawasan untuk aset digital seperti Bitcoin (BTC) oleh bank tersebut pada bulan Januari.

Persoalannya, betul ke Bitcoin yang membawa tuah kepada bank tersebut?

Trend bank-bank utama pada suku kedua 2020 menunjukkan peningkatan pendapatan perdagangan secara besar-besaran. Ianya disebabkan oleh penularan wabak pandemik COVID-19 dan pengenalan pakej rangsangan mendorong fear of missing out (FOMO) di pasaran saham.

Kenaikan permintaan runcit yang ketara terhadap saham menyebabkan pendapatan bank, terutama bagi sektor perdagangan, meningkat. Sebagai contoh, JPMorgan memperoleh pendapatan bersih $ 4.7 bilion pada suku kedua 2020, bank pelaburan Amerika Syarikat yang mencatatkan pendapatan suku tahunan tertinggi dalam sejarah.

Hakikatnya, Julius Baer juga sama seperti bank yang lain, peningkatan keuntungan yang diperolehi kemungkinan didorong oleh peningkatan tahap perdagangan runcit sejak awal April. Walaupun Bitcoin mencatatkan ketidakstabilan yang tinggi dari bulan Mac hingga Mei, sejak bulan Jun dan seterusnya, ia telah menyaksikan tahap ketidakstabilan yang rendah.

Di samping itu, pasaran saham dikhabarkan berhadapan dengan krisis dalam beberapa minggu kebelakangan. Penjual dan pembeli mencetuskan pergerakan jangka pendek yang besar di pasaran saham, kerana jangkaan rangsangan baru terus meningkat.

Tetapi, Bitcoin telah memperoleh lonjakan permintaan yang besar dari pengguna selepas “Black Thursday.” Pada 13 Mac, BTC turun dengan harga serendah $ 3,600, menyebabkan kekacauan di pasaran matawang kripto.

2 bulan berikutnya, Bitcoin telah mencatatkan peningkatan sebanyak 190% dari $ 3,600 hingga $ 10,440. Sejak Julius Baer menyatakan sokongannya terhadap aset digital pada bulan Januari, ia mungkin mendapat keuntungan dari turun naik Bitcoin dari bulan Mac hingga Mei.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat