Bantuan Dana $12 Juta Amerika Syarikat Kepada Greenland Tindakan Mencurigakan?

512

Tindakan Amerika Syarikat menyalurkan dana sebanyak $12.1 juta kepada Greenland disambut baik oleh kerajaan wilayah Denmark. Pakej bantuan tersebut dilihat sebagai peluang kepada pembangunan ekonomi Greenland terutama dalam sektor semula jadi dan pendidikan.

Walaupun Greenland sangat bergantung kepada aktiviti perikanan dan subsidi kerajaan Denmark, pencairan ais Artik menjadikan kedudukan Greenland semakin penting kerana pembukaan laluan laut baru yang kaya dengan sumber mineral.

Sumber mineral yang dimaksudkan termasuk uranium, zink, emas dan batu permata. Keadaan itu menarik minat Presiden Donald Trump untuk membeli Greenland tetapi dianggap tidak masuk akal oleh kerajaan Denmark.

Namun, tidak mustahil untuk Trump menguasai Greenland memandangkan A.S mempunyai pangkalan tentera yang penting, Thule Air Base pengawasan ruang udara daripada serangan peluru berpandu. Malah, A.S akan membuka konsulat di wilayah Artik yang jumlah penduduknya hanya 56,000 orang.

Pegawai A.S di Washington menegaskan bahawa sumbangan dana itu dihulurkan tanpa ada perancangan untuk membeli Greenland. Menurutnya, mereka bimbang dengan peningkatan bilangan tentera Rusia di Artik. Malah, iklim yang sejuk melampau dan lapisan ais yang tebal menyukarkan aktiviti perlombongan termasuk kos yang mahal.

Perdana Menteri Greenland, Kim Kielsen meluahkan rasa gembira kerana usaha mereka untuk membina hubungan dengan Amerika Syarikat akhirnya membuahkan hasil. Duta A.S yang berkhidmat di Denmark, Carla Sands menyifatkan A.S sebagai pilihan Greenland untuk mengukuhkan hubungan sesama negara.

Segelintir ahli politik Denmark mengkritik tajam ke atas hubungan dua negara itu dengan menganggap tindakan tersebut amat dikesali. Aaja Chemnitz Larsen dari parti pembangkang Inuit Ataqatigiit mengingatkan bahawa Amerika Syarikat dialukan untuk memberi sumbangan kepada Greenland tetapi mereka sama sekali tiada hutang kepada A.S hanya kerana bantuan kewangan yang dihulurkan.

Soren Espersen dari parti pembangkang Danish People menjelaskan bantuan kewangan hanya terjadi dalam kalangan negara yang membangun. “Tetapi Greenland bukanlah negara yang membangun. Ia adalah demokrasi barat. Saya rasa terkilan,” katanya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat