Bantuan Khas Covid-19 Fasa 1 Akan Dilaksanakan Mulai 6 September

681

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengatakan bahawa pembayaran Fasa 1 bagi Bantuan Khas Covid-19 (BKC) akan dilaksanakan secara berperingkat bermula 6 September 2021.

Langkah-langkah itu akan dimulakan kepada penerima B40 serta pada 9 September bagi penerima M40 dan pembayaran BKC dijadualkan pada September, November dan Disember 2021.

Tambah beliau, peruntukan tersebut melibatkan dana berjumlah RM3.1 bilion serta memanfaatkan 4.4 juta isi rumah, 1.1 juta warga emas yang bujang atau tiada pasangan dan 4.5 juta individu bujang.

“Secara menyeluruh, inisiatif bantuan ini bakal memanfaatkan hampir 10 juta isi rumah dan warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 bilion,” kata Tengku Zafrul.

Selain itu, beliau berkata Program Jaringan Prihatin kini dilanjutkan sehingga 30 September yang telah ditambah baik dengan penambahan RM500 juta di bawah pakej PEMERKASA.

Syarikat telekomunikasi juga akan memberi tawaran faedah tambahan terutamanya data tambahan percuma bernilai RM1.5 bilion.

Tengku Zafrul menyatakan bahawa keyakinan dalam transformasi digital berasaskan kepada peningkatan fokus kerajaan bagi mengukuhkan dan meningkatkan telekomunikasi asas yang merangkumi sektor pendidikan, pekerjaan dan transformasi digital.

Pelaksanaan ini dijangka bakal mewujudkan masyarakat digital yang lebih inklusif dalam memacu aktiviti perniagaan untuk meningkatkan peluang Malaysia menjadi hub digital serantau.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat