Bantuan Terus Dihulurkan Dari Pihak Bank Dan Proton Bagi Yang Terkesan Musibah Banjir

206

Bantuan terus dihulurkan bagi meringankan beban mereka yang terkesan akibat banjir.

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) dan Proton Holdings Bhd menawarkan bantuan kepada para pelanggannya yang terkesan akibat banjir yang melanda negara.

Bank Rakyat

  • menawarkan moratorium sehingga 6 bulan kepada individu dan perniaga yang terjejas akibat banjir di bawah pembayaran tertunda Pembiayaan Peribadi-i Bank Rakyat, Pembiayaan Perumahan-i, Pembiayaan Kenderaan-i, Sewa Beli-i Kenderaan, Pembiayaan Pendidikan-i dan Pembiayaan Mikro-i dan Gadai Janji-i
  • pelanggan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) boleh menghubungi pusat perniagaan PKS & Koperasi (SMEC) bagi mendapatkan bantuan perniagaan

Proton

  • penawaran diskaun 20% bagi alat ganti terpilih dan diskaun 20% bagi caj buruh
  • caj tunda sehingga RM200 serta caj pembersihan bahagian luar dan ruangan enjin sehingga RM100 yang akan ditanggung oleh syarikat
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat