Banyak Masalah Timbul, Australia Lupakan ‘Target’ Untuk Vaksin

303

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison memberitahu bahawa beliau tidak akan menetapkan tarikh sasaran baru bagi semua warga Australia untuk menerima dos vaksin Covid-19 mereka kerana kebimbangan mengenai vaksin AstraZeneca dan sekatan eksport Eropah telah memperlambatkan pelancaran.

Walaupun kerajaan merancang untuk memberikan sepenuhnya dos pertama sebelum akhir tahun, namun disebabkan ketidakpastian mengenai vaksin, ia menyukarkan kerajaan untuk menetapkan sasaran.

Bagaimanapun, menurut Morrison, pelancaran vaksin di Australia masih di hadapan berbanding negara-negara seperti Jepun, Perancis dan Kanada.

Isu kesan sampingan darah beku dari suntikan vaksin AstraZeneca dan sekatan eksport vaksin oleh Eropah telah menjejaskan usaha vaksinasi di Australia.

Setakat ini, sekitar 1.2 juta daripada 25.8 juta orang di negara itu telah menerima dos pertama. Namun, jumlah yang dicatatkan adalah kurang 3 juta daripada jangka masa yang dijangkakan, menyebabkan pentadbiran Morrison menerima kritikan.

Australia mencatatkan kurang dari 30,000 kes Covid-19 setelah menutup sempadan antarabangsanya dan mengenakan syarat lebih ketat kepada pelancong yang ingin memasuki negara itu.

Penutupan ini telah menghancurkan industri pelancongan dan sektor pendidikan yang sangat bergantung pada sektor pendidikan dan pemulihan ekonomi pula tersekat disebabkan penutupan sementara yang dilaksanakan di beberapa negeri bagi membendung penularan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat