Barkin Cuba Redakan Keresahan Pasaran

228

Pemulihan dalam ekonomi Amerika Syarikat dilihat hampir selesai walaupun masih terdapat risiko yang timbul dari pekerjaan, menurut Pengerusi Federal Reserve Richmond, Thomas Barkin.

Dengan pelancaran vaksin, kes harian dan kemasukan ke hospital yang semakin berkurang, perbelanjaan pengguna dijangka akan kembali meningkat, selain turut disokong pakej rangsangan fiskal $1.9 trilion oleh kerajaan.

Ketika krisis kesihatan semakin mereda, Barkin memberitahu bahawa para pegawai AS perlu fokus kepada bagaimana untuk mengembalikan pekerjaan dan meningkatkan pendidikan yang terjejas akibat pandemik tersebut.

Selain itu, berikutan daripada pemulihan yang semakin hampir ini, Barkin turut melihat risiko daripada kenaikan harga walaupun masih belum terdapat tanda-tanda yang menunjukkan peningkatan inflasi tidak diingini akan berlaku.

Barkin juga memberitahu bahawa dasar semasa perlu membiarkan pasaran berfungsi dan tidak menghalang penciptaan perniagaan baru bagi melindungi perniagaan yang sedia ada.

Federal Reserve (Fed) telah meninggalkan kadar faedah tidak berubah dalam mesyuarat polisi FOMC pada minggu lepas, dan meramalkan ia tetap di sekitar 0-0.25% untuk 3 tahun akan datang walaupun inflasi meningkat dan pengangguran pula diunjurkan terus lemah sehingga 2023.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat