Baru Buang Pekerja, Google Kena Saman Pula Dengan AS!

238

Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat memfailkan tuntutan undang-undang antimonopoli terhadap Google pada Selasa.

Ini merupakan langkah tuntutan kedua yang dibuat jabatan itu sejak 2020, di mana  Google didakwa atas tuduhan menyalahgunakan dominasinya dalam pengiklanan digital.

Tuntutan awal yang difailkan pada 2020 di bawah pentadbiran Donald Trump pula menuduh syarikat itu menggunakan kuasa monopolinya dalam menguasai pasaran carian (search engine).

Syarikat milik Alphabet itu telah menjana sebahagian besar daripada pendapatannya daripada iklan Carian, Youtube, Rangkaian Google dan pengiklanan lain. 

Selain itu, lapan negeri Amerika Syarikat turut menyertai DOJ dalam tuntutan mahkamah tersebut.

Negeri-negeri tersebut termasuk Connecticut, California, Colorado, New Jersey, New York, Rhode Island, Tennessee dan Virginia.

Dalam tuntutan mereka, DOJ dan negeri-negeri berikut berhujah bahawa Google berusaha untuk mengawal semua bahagian pasaran dengan pengiklanan.

Google telah berulang kali menafikan ia menguasai pasaran pengiklanan dalam talian, sebaliknya menuding jari kepada pesaing lain termasuk Meta (Facebook).

Ini merupakan tekanan terbaru buat syarikat itu selepas mengumumkan akan memberhentikan 12,000 orang pekerjanya, menyertai teknologi gergasi yang lain di tengah-tengah kebimbangan kemelesetan ekonomi yang meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat