Baru Je Catat Rekod Ketinggian Baru, EUR/USD Junam Semula!

154

Jangkaan pelabur untuk melihat kenaikan lebih tinggi pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD semalam meleset apabila situasi mula berubah di sesi New York.

Pada awalnya, US dolar bergerak lemah di sesi Asia bersambung ke sesi Eropah dipengaruhi oleh sentimen pasaran yang memulih dengan perkembangan positif di China.

Beberapa lokasi tumpuan di China dilaporkan telah melonggarkan sekatan pergerakan setelah kerajaan dilihat akur dengan desakan rakyat susulan protes besar-besaran yang tercetus.

Namun, di sesi New York semalam kembali menampilkan pengukuhan bertenaga US dolar yang disokong terbitan data tinjauan sektor perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) dengan bacaan angka yang memberangsangkan.

Petunjuk terhadap kesihatan ekonomi semasa AS yang baik itu mencetuskan kembali jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) meneruskan pengetatan dasar monetari mereka.

Harga pada carta EUR/USD telah dilihat menjunam mencatatkan penurunan harian sekitar 110 pips setelah pada mulanya membuat kenaikan ke paras ketinggian terbaru sekitar 1.05900.

Harga telah susut semula ke sekitar zon 1.05000 dan melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD mencetuskan isyarat perubahan trend bearish.

Sekiranya penurunan dilanjutkan, harga dilihat akan menuju ke paras 1.04000 untuk menguji paras tumpuan minggu lalu.

Melepasi paras tersebut berkemungkinan harga akan melanjutkan penurunan menuju zon 1.03000 yang menjadi zon sokongan harga sebelum ini.

Namun, tidak mustahil harga boleh berubah arah membuat kenaikan semula pada sesi-sesi berikutnya jika US dolar kembali didagangkan lemah.

Untuk jangkaan kenaikan semula harga dari zon 1.05000, melepasi halangan MA50 akan mendorong harga menuju semula zon rintangan pada 1.06000.

Seterusnya, harga yang melepasi zon tersebut dan meneruskan pergerakan trend bullish, bakal mensasarkan di sekitar 1.07000 untuk catatkan paras ketinggian terbaru 6 bulan.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat