Baru Je Melonjak Tinggi, Emas Buat ‘U-Turn’ Semula

4,325

Emas didagangkan suram pada sesi Asia, ketika pelabur mula menjauhkan diri dari pasaran berikutan cuti Tahun Baru China menyebabkan pergerakan perlahan dalam perdagangan hari ini.

Logam berharga itu kembali jatuh ke sekitar paras harga $1,836 per auns, selepas melonjak tinggi pada $1,855 per auns, didorong oleh reaksi awal pelabur susulan penerbitan data inflasi Amerika Syarikat ketika sesi New York.

Jabatan Tenaga Kerja AS melaporkan indeks harga pengguna meningkat 0.3% pada bulan Januari, setelah naik 0.4% pada bulan sebelumnya. Sementara inflasi teras pula lebih lemah dari jangkaan dengan mencatatkan bacaan tidak berubah.

Penanda aras hasil perbendaharaan AS jatuh ke paras terendah satu minggu pada hari Rabu, sementara dolar greenback merosot ke paras terendah dua minggu selepas data inflasi AS diterbitkan.

Walaupun angka inflasi yang diterbitkan pada mulanya memberi sokongan buat dagangan emas, namun ia kembali jatuh setelah pelabur meneliti bacaan tersebut yang pada hakikatnya menunjukkan inflasi AS masih lemah.

Kebiasaannya, emas dianggap sebagai lindung nilai terhadap inflasi.

Sementara itu, kenyataan Pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell pada awal pagi tadi, nampaknya kurang memberi kesan kepada logam kuning itu.

Dalam ucapan kepada Club of Economics of New York, Powell mengulangi komitmen bank pusat untuk mengekalkan kadar faedah yang rendah sehingga sasaran pekerjaan dan inflasi dapat dicapai.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat