Baru Nak Sembuh, BTC Dah Diheret Ke $59K Sebab…

650

“Jangan risaulah, baru awal Julai kita pun tak tahu apa akan terjadi pada akhir bulan mana tahu naik ke kan.”

Gagal bangkit semula, harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) melemah sehingga $57,944 apabila spot BTC ETF di Amerika Syarikat (AS) mencatatkan aliran keluar $13 juta yang memecahkan aliran masuk lima hari berturut-turut.

Menurut QCP Capital berpangkalan di Singapura, pengedaran oleh bursa kripto Mt. Gox tidak berfungsi mungkin menyumbang pada sentimen menurun ditambah pula jadual keluaran yang tepat sehingga kini tidak diketahui.

Meskipun begitu, sesetengah pedagang yang tetap bersikap optimistik terhadap kenaikan harga BTC telah menjangkakan aset digital tersebut berpotensi mencecah $150,000 sejurus selepas pengedaran Mt.Gox selesai.

Namun perlu diketahui hasil harian miners yang mengalami kejatuhan $29 juta pada hari ini daripada $79 juta pada 6 Mac 2024 telah menyebabkan miners mematikan peralatan dan penurunan kadar hash secara ketara.

Jadi di sini dapat dilihat kemerosotan harga BTC di bawah $60,000 semula sejak akhir Jun 2024 telah menghapuskan long contracts bernilai $8.4 juta dalam masa sejam lalu malah pedagang derivatif Ethereum (ETH) turut merasai kesakitannya.

Hal ini kerana Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell semasa bercakap semalam di acara anjuran Bank Pusat Eropah (ECB) telah memberikan jaminan sesungguhnya FOMC berasa tergesa-gesa bagi menurunkan kadar faedah sasarannya.

Menerusi pemerhatian, BTC mampu mencapai $67,147 jika harganya melepasi $63,956 kemudian boleh melanjutkan kenaikan tambahan 6% pada $71,280 apabila tercetusnya pendakian lebih agresif tetapi sekiranya gagal maka aset digital itu mampu tergelincir semula hampir $58,375.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 4.82% pada paras $58,582 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $1.1 trilion seterusnya mencatatkan penyusutan 3.72% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat