Bawa Bertenang! GOLD Dah Naik Balik

1,509

Emas kembali menyambung kenaikan selepas kejatuhan yang dicatatkan pada sesi dagangan Rabu dengan diniagakan lebih kukuh pada sesi Asia hari ini.

Ini disokong oleh dagangan US dolar yang mula mencatatkan penyusutan selepas menyentuh paras tertinggi pada sesi sebelum ini, menyebabkan daya tarikan terhadap emas meningkat.

Kemerosotan hasil perbendaharaan AS 10 tahun ke bawah tahap 1.60% turut membantu logam berharga emas untuk mencatat keuntungan.

Pada sesi Asia, logam kuning itu diniagakan di sekitar harga $1,870 per auns, tidak jauh dari paras ketinggian $1,877 yang disentuhnya sebelum jatuh menjunam pada Rabu.

Sementara niaga hadapan emas pula didagangkan positif pada $1,872 per auns.

Kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi telah mengaburi data jualan runcit AS yang positif, menyebabkan dagangan emas kembali mendapat dorongan untuk meningkat sebagai nilai lindung kepada inflasi.

Bukan sahaja di Amerika Syarikat, lonjakan inflasi ke tahap tertinggi 10 tahun dan Kanada paling tinggi sejak 2003, juga menyokong pengukuhan dagangan logam kuning ini.

Sekiranya bank pusat utama masih lagi enggan bertindak untuk mengekang inflasi, emas berpotensi untuk melonjak lebih tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat